Friday, July 31, 2009

Hujan Emas di negeri orang...

Bukan mudah untuk meluangkan masa, merantau jauh beribu batu ke negara orang tanpa persediaan yang secukupnya.
Biarpun dihimpit bebanan kerja yang tidak pernah surut, namun kami cekalkan hati melakukan sedaya upaya bagi memastikan apa yang dirancang selama ini menjadi kenyataan.
Dan..impian yang kami impikan sejak remaja akhirnya menjadi kenyataan lewat pertengahan Jun lalu menerusi percutian selama 18 hari ke benua Eropah.